Blogger Widgets LADAP STAR PUTRA: NOTIS SOAL SELIDIK - AUDIT KETERBUKAAN
RSS Feeds





Jumaat, 22 Jun 2012

NOTIS SOAL SELIDIK - AUDIT KETERBUKAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SOAL SELIDIK AUDIT KETERBUKAAN
Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang menjalankan satu tinjauan untuk mengenalpasti sejauh mana Bahagian KPM mengamalkan konsep keterbukaan dalam aspek perkongsian maklumat dan proses membuat keputusan. Sehubungan itu, kerjasama tuan/puan amat diharapkan untuk menilai keterbukaan Bahagian masing-masing secara profesional. Segala maklumat yang tuan/puan berikan adalah sulit.
Kerjasama tuan/puan dalam melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
2012
 
LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN SOAL SELIDIK AUDIT KETERBUKAAN
Soal selidik Audit keterbukaan ini dibuka kepada semua Warga KPM di Bahagian-Bahagian, Jabatan dan PPD.
1. KLIK 'MODUL INDIVIDU'
2. MASUKKAN KAD PENGENALAN

PENGGUNA PERLU DIDAFTARKAN DAHULU OLEH PENYELARAS LADAP DI BAHAGIAN MASING-MASING SEBELUM BOLEH MENGAKSES KE MODUL INDIVIDU.
Sila hubungi : 03-8884 1053/ 1071/ 1072 sekiranya terdapat sebarang masalah untuk login ke modul individu.
Terima Kasih, Atas kerjasama semua pihak.